Selamat datang ke laman rasmi Bandung-Trips.com

Selamat datang ke laman rasmi www.Bandung-Trips.com. Bandung-Trip merupakan jururunding pakej lawatan Bandung, Bandung-Jakarta, dan Sewa Kereta.

Bandung merupakan destinasi utama kedua di Indonesia, selepas Bali. Kerana Bandung mempunyai pelbagai tempat pelancongan alam semula jadi yang cantik dan berhawa sejuk. Sehingga Bandung menjadi begitu menarik untuk diterokai.

Bandung juga sangat terkenal dengan syurga membeli belah dan kuliner. Kerana Bandung, merupakan antara pusat kilang textile terbesar di kawasan Asia. Selain pelancong tempatan dari pelbagai negri yang ada di Indonesia. Bandung juga ramai dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Seperti Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Arab, dan masih banyak lagi. Di Pasar Baru, Anda boleh mendapatkan produk kain ela, kain lace, kain batik, kain sulam, langsir, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit asli, anda boleh mendapatkannya di Garut dan Jalan Cibadayut dengan harga yang berpatutan. Anda juga bole datang terus ke rumah kilang kain sulam terbaik dan model terbaru dengan harga sangat murah

Melalui khidmat agensi pelancongan Bandung-Trip, Anda boleh menikmati layanan terbaik dengan harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik.

Pakej Lawatan Bandung 4d3n

Bandung terkenal sebagai pusat pelancongan alam semula jadi di Indonesia yang Indah dan nyaman.
Selain keindahan alam semula jadinya, Bandung juga terletak di kawasan tanah tinggi. sehingga menjadikan ianya berhawa sejuk, nyaman, dan selesa.
Banyak tempat pelancongan alam semula jadi yang dirubah suai menjadi tempat pelancongan yang sesuai untuk percutian keluarga.

1. Farm House
Taman Hobbit ini merupakan antara destinasi pelancongan utama yang ramai dilawati pelancong tempatan dan asing. Farm house terletak sekitar 20 minit dari bandar bandung. Iaitu antara Lembang dan bandar Bandung.  Farm house ini mempunyai konsep ladang yang dipercantik dengan kewujudan bangunan berdesain Eropah abad pertengahan. Konsep reka bentuk bangunan di sekitar tempat pelancongan yang menyerupai seni bina Eropah akan membuat anda merasa seakan-akan tengah bercuti di Eropah. Ada yang lebih menarik lagi, di sini anda juga akan menjumpai rumah rumah kecik macam dengan yang anda lihat dalam film The Hobbit. Harga tiket kemasukan Farm house ini, dalam IDR.20.000 seorang atau lebih kurang dalam RM7 seorang.

pakej lawatan bandung
Keluarga Bapak Ajang Subhan, Brunei

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung
Keluarga Puan Nurul Waheda, Pahang

2. Floating Market
Kawasan Bandung Utara merupakan kawasan paporit bagi pelancong. Selepas menerokai Farm house, selanjutnya kita bole berjalan-jalan dan makan angin di Floating market. Floating market terletak lebih kurang dalam 10 minit dari farm house. Floating market merupakan tasik semula jadi yang di rubah suai menjadi pasar terapung. Di sini anda boleh merasai pelbagai jenis makanan khas sunda. Ada toet-toet, rujak, sate kelinci, tahu gejrot, dan masih banyak lagi. Disamping pelbagai jenis makanan khas Sunda, anda juga bole menjumpai miniatur kereta api terbesar di Indonesia dan beberapa jenis permainan untuk anak-anak. Di sekitar Tasik ini terdapat banyak pokok dan taman bunga yang mejadikan ianya tampak semakin cantik dan menyejukkan mata. Sambil menikmati sejuknya hawa di sekitar Floating market, anda juga boleh merasai sedapnya makanan khas sunda.

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung

3. Dusun Bambu
Satu lagi destinasi pelancongan alam semula jadi yang tidak boleh anda lewatkan. Iaitu kawasan taman bunga dan tasik Dusun Bambu yang asri. Dusun Bambu terletak lebih kurang dalam 15 minit dari Floating Market. Pemandangan di sini sangat cantik dan berhawa sejuk. Kerana tempat pelancongan ini terletak di atas Gunung Burangrang. Di sini anda boleh menjumpai tempat rehat dengan konsep sarang burung, rumah di atas air, kampong kaulinan, dan beberapa jenis permainan yang menyeronokkan.

pakej lawatan bandung
Keluarga Hjh. Rasda Rashieda, Selangor

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung
Keluarga Bapak Ajang Subhan Bandar Seri Begawan, Brunei

4. De Ranch
Beranjak dari atmosfera Eropah ala Farm House, jom kita terokai pelancongan alam bertema Indian dan koboi di De Ranch. Masih terletak di kawasan Lembang, tempat pelancongan alam yang satu ini mempunyai kawasan ladang yang sangat luas. Selain menikmati pemandangan khas ladang, di sini anda juga boleh buat aktiviti seru seperti flying fox, bermain sampan, bermain trampolin, menunggang kuda sambil mengenakan pakaian khas koboi, dan masih banyak lagi.

pakej lawatan bandung
 Keluarga Ibu Isnaini Suprapto, Jakarta

5. Kawah Putih Ciwidey
Kawah Putih ini merupakan tempat pelancongan alam semula jadi sisa letupan Gunung Patuha yang berlaku ratusan tahun lampau. Antara tempat pelancongan yang paling popular di Bandung ini menyediakan panorama yang indah berkat air tasiknya yang berwarna biru toska dan pokok-pokok rendang di sekitarnya yang bole memberikan nuansa keteduhan.

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung
 Keluarga Puan Azzura Ibrahim, Johor

6. Glamping Lakeside
Glamping Lakeside merupakan antara tempat pelancongan alam semula jadi berwujud tasik di atas Gunung. Tasik nie terletak disekitar kawasan ladang teh Ciwalini. Anda boleh naik sampan dan melihat Batu Cinta, iaitu tempat perjumpaan sepasang kekasih yang saling mencari, kerana mereka terpisahkan sangat lama.

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung

pakej lawatan bandung
  Rombongan Tuan Zainuddin dari Langkawi

Bandung-Trip. merupakan ejen pelancongan di Bandung, yang menyediakan pakej lawatan bandung 3h2m, 4h3m, 5h4m, atau boleh juga mengikut rancangan pelanggan.
Pakej Lawatan Bandung 4h3m ground pakej, merupakan pakej yang femes dan ramai orang ambik.
Ground pakej ni merangkumi Hotel, sarapan, pengangkutan, pemandu dan tour guide, minyak, tol, parking, dan free wi-fi dalam kereta.

Jadual Pakej Lawatan Bandung 4h3m.
Day.01
1. Jemput bandung airport
2. Taman hobbit farm house (rm7)
3. Makan tengahari di atas kolam.
4. Floating market lembang (rm7)
5. Taman bunga dusun bambu (rm7)
6. Rumah kilang kain
7. Check in hotel

Day.02
1. Breakfast di hotel
2. Pusat membeli belah pasar baru bandung
3. Factory outlet jalan Riau
4. Rumah mode
5. Makan malam di atas bukit the stone
6. Balik hotel.

Day.03
1. Breakfast di hotel
2. Kawah putih (rm22)
3. Glamping lakeside (rm10)
4. Ladang tea ciwalini.
5. Petik sendiri strawbery (rm4)
6. Makan tengahari di saung gawir.
7. Pusat barangan kulit cibaduyut.
8. Balik hotel.

Day.04
1. Breakfast di hotel
2. Membeli ole-ole kek kartikasari, brownies amanda, dan kilang krepek
3. Hantar airport.

Jadual ni tidak fix. maknanya boleh tukar mengikut masa dan keperluan pelanggan. Jadi kalau pelanggan ada keperluan lain atau sudah ada rancangan sendiri. kami boleh ikut pelanggan punya rancangan.

Subscribe to receive free email updates:

4 Responses to "Pakej Lawatan Bandung 4d3n"

  1. Balasan
    1. Harga mengikut jumlah peserta dalam kumpulan.. Ramai lg murah.
      Utk ground pakej 4h3m kumpulan seramai 6orang, harga dalam rm270 seorang

      Padam
  2. 4hari 3malam untuk 4 org dan kami sudah membooking hotel sendiri
    Berapa harganya?

    BalasPadam