Selamat datang ke laman rasmi Bandung-Trips.com

Selamat datang ke laman rasmi www.Bandung-Trips.com. Bandung-Trip merupakan jururunding pakej lawatan Bandung, Bandung-Jakarta, dan Sewa Kereta.

Bandung merupakan destinasi utama kedua di Indonesia, selepas Bali. Kerana Bandung mempunyai pelbagai tempat pelancongan alam semula jadi yang cantik dan berhawa sejuk. Sehingga Bandung menjadi begitu menarik untuk diterokai.

Bandung juga sangat terkenal dengan syurga membeli belah dan kuliner. Kerana Bandung, merupakan antara pusat kilang textile terbesar di kawasan Asia. Selain pelancong tempatan dari pelbagai negri yang ada di Indonesia. Bandung juga ramai dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Seperti Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Arab, dan masih banyak lagi. Di Pasar Baru, Anda boleh mendapatkan produk kain ela, kain lace, kain batik, kain sulam, langsir, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit asli, anda boleh mendapatkannya di Garut dan Jalan Cibadayut dengan harga yang berpatutan. Anda juga bole datang terus ke rumah kilang kain sulam terbaik dan model terbaru dengan harga sangat murah

Melalui khidmat agensi pelancongan Bandung-Trip, Anda boleh menikmati layanan terbaik dengan harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik.

Bandung Trip Aktiviti

Cuti sekolah dan cuti hujung tahun sebentar lagi tiba. Anda sudah punya rancangan percutian bersama keluarga untuk meraikan cuti sekolah nanti? Kalau belum, ada baiknya anda buat rancangan percutian sekarang. Di mana ya kita boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan skali shopping dan merasai cita rasa kulinary yang sedap?
Tidak perlu bingung. Datang sahaja ke Bandung!
Ibu negri Jawa Barat yang digelari sebagai Paris van Java ini mempunyai sejuta tempat pelancongan yang seru dan bole buat aktiviti menyeronokkan yang akan membuat percutian anda semakin berkesan. Apa sahaja aktiviti seru yang akan membuat anda dan keluarga selesa berlama-lama di Bandung? Sebelum anda tempah pakej lawatan Bandung, jom semak.

Membeli-belah!
Tidak ada satu orang pun pelancong yang balik ke daerah atau negara asalnya dengan tangan kosong. Apalagi kalau bercuti di Bandung, surganya membeli belah. Ada factory outlet yang menjual pelbagai macam fesyen dan cenderahati khas Bandung dengan harga berpatutan.
Bandung trip Anda belum lengkap jika tidak singgah untuk jalan dan membeli-belah di kawasan Jalan Cihampelas dan Jalan Dago. Begitu sampai di sana, anda pasti akan tercengang dan bingung untuk memilih outlet mana yang harus anda tengok terlebih dahulu. Pelbagai jenis T-shirt, beg, dan produk-produk fesyen berkualiti. Semua produk mode yang anda dapati di sana hadir dengan pelbagai reka bentuk menarik dan eksklusif namun dapat anda peroleh dengan harga yang berpatutan.
Selain factory outlet, anda pun boleh berkunjung ke Pasar Baru untuk membeli belah barangan yang lebih lengkap serta menikmati riuh dan ramainya pasar skali cuci mata. Di sini, para pelancong selalunya memburu kain-kain dan cenderahati sebagai buah tangan untuk saudara - sedara di kampong.

Bermain Angklung di Saung Angklung Udjo
Bandung trip anda tidak akan lengkap kalau tidak melawati salah satu tempat pertunjukan kearifan sunda di Bandung. Saung Angklung Udjo merupakan tempat yang tepat untuk mengenal ikon kesenian khas Jawa barat yang kini sudah bertaraf antarabangsa, iaitu angklung.
Di Saung Angklung Udjo, anda tidak hanya ditawarkan alunan muzik yang dimainkain dari angklung. Para seniman di sana juga akan mengajarkan anda bermain angklung hingga mampu menghasilkan harmoni dan irama yang indah dan seronok.

Dinner dengan live band di atas Bukit The Stone
Lelah seharian bersiar-siar Bandung? Masanya anda untuk menikmati kuliner khas Bandung di tempat yang bole buat tenaga dan fikiran anda segar kembali.
The Stone cafe menawarkan konsep pelancongan kuliner dan reka bentuk seni bertema bukit dan pegunungan khas Sunda yang akan membuat dinner anda tambah selesa. Tempat pelancongan yang terletak di daerah bukit dago ini menyediakan sajian menu tradisional dan antara bangsa, seperti nasi liwet, nasi Tutug oncom, gurama bakar, dan masih banyak lagi menu lain yang dijanjikan akan memanjakan lidah anda.
Masih banyak lagi aktiviti seru yang boleh anda buat ketika melancong di Bandung. Anda bole buat terus rancangan percutian ke Bandung sekarang juga dan nikmati keindahan budaya dan dinamika kehidupan khas Bandung.


Cik Normala Dari Miri Sarawak

Keluarga En Junaidi dari Pinang





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bandung Trip Aktiviti"

Catat Ulasan