1. Kawah Gunung Tangkuban Perahu
Pastikan pakej lawatan Bandung yang anda pilih menyertakan Kawah Gunung Tangkuban Perahu sebagai salah satu destinasi pelancongan alam yang harus anda kunjungi di Bandung. Panorama alam di sekitar gunung serta cerita legenda Sangkuriang menjadikan ianya sebagai salah satu ikon pelancongan Bandar Bandung. Di sekitar Gunung Tangkuban Perahu, anda akan mendapati beberapa kawah seperti Kawah Upas, Kawah Domas, dan Kawah Ratu, yang boleh dijadikan sebagai back ground ketika ambik gambar.
Keluarga Cik Yus dari Batu Caves
Mandi lumpur kawah gunung berapi
Kawah Gunung Tangkuban Parahu
Keluarga Cik Sabarina dari Melaka
2. Kawah Putih Ciwidey
Satu lagi destinasi pelancongan alam semula jadi yang tidak boleh anda lewatkan. Iaitu Kawah Putih Ciwidey. Tasik Kawah Putih ini merupakan sisa letupan Gunung Patuha yang berlaku ratusan tahun lalu. Salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Bandung ini menghidangkan panorama yang indah berkat air tasiknya yang berwarna biru toska dan pokok-pokok rendang di sekitarnya yang mampu memberikan nuansa keteduhan.
3. Farm House
Ini dia salah satu destinasi pelancongan pakej percutian Bandung yang tengah ramai dilawati banyak orang. Tempat pelancongan yang terletak di Lembang ini mempunyai konsep ladang yang dipercantik dengan kewujudan bangunan berdesain Eropah abad pertengahan. Konsep reka bentuk bangunan di sekitar tempat pelancongan yang menyerupai seni bina Eropah akan membuat anda merasa seakan-akan tengah bercuti di Eropah. Ada yang lebih menarik lagi, di sini anda juga akan menjumpai rumah rumah kecik macam dengan yang anda lihat dalam filem The Hobbit. Di Farm house ini, anda juga boleh menjumpai mini zoo yang sangat sesuai untuk percutian keluarga. Menarik kan..?
4. De Ranch
Beranjak dari atmosfera Eropah ala Farm House, jom kita terokai pelancongan alam bertema Indian dan koboi di De Ranch. Masih terletak di kawasan Lembang, tempat pelancongan alam yang satu ini mempunyai kawasan ladang yang sangat luas. Selain menikmati pemandangan khas ladang, di sini anda juga boleh buat aktiviti seru seperti flying fox, bermain sampan, bermain trampolin, menunggang kuda sambil mengenakan pakaian khas koboi, dan masih banyak lagi.
5. Floating Market
Kawasan Lembang Bandung Utara tidak hanya mempunyai Kawah gunung Tangkuban Parahu dan Farm House sebagai tarikan pelanconganya. Tasik cantik lain yang boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan alam adalah Floating Market. Di tasik ini anda bole mendapati pasar terapung yang menjual pelbagai makanan khas Sunda. Ada Seblak, surabi, tahu gejrot, dan masih banyak lagi. Disamping pelbagai jenis makanan khas Sunda, anda juga bole mendapati miniatur kereta api terbesar dan beberapa jenis permainan untuk anak-anak. Di sekitar Tasik ini terdapat banyak pokok dan taman bunga yang membuatnya tampak semakin cantik dan menyejukkan mata. Sambil menikmati sejuknya hawa di sekitar Floating market, anda pun boleh bersiar-siar diatas kereta air.
Selain tempat pelancongan yang sudah disebutkan di atas, Bandung masih mepunyai banyak panorama alam yang boleh anda nikmati masa bercuti. Merancang pakej percutian ke Bandung sekarang juga untuk cuti tahun baru anda yang seru dan berkesan.
0 Response to "Bandung Tour ke 5 Destinasi Pelancongan paling Popular"
Catat Ulasan