Selamat datang ke laman rasmi Bandung-Trips.com

Selamat datang ke laman rasmi www.Bandung-Trips.com. Bandung-Trip merupakan jururunding pakej lawatan Bandung, Bandung-Jakarta, dan Sewa Kereta.

Bandung merupakan destinasi utama kedua di Indonesia, selepas Bali. Kerana Bandung mempunyai pelbagai tempat pelancongan alam semula jadi yang cantik dan berhawa sejuk. Sehingga Bandung menjadi begitu menarik untuk diterokai.

Bandung juga sangat terkenal dengan syurga membeli belah dan kuliner. Kerana Bandung, merupakan antara pusat kilang textile terbesar di kawasan Asia. Selain pelancong tempatan dari pelbagai negri yang ada di Indonesia. Bandung juga ramai dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Seperti Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Arab, dan masih banyak lagi. Di Pasar Baru, Anda boleh mendapatkan produk kain ela, kain lace, kain batik, kain sulam, langsir, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit asli, anda boleh mendapatkannya di Garut dan Jalan Cibadayut dengan harga yang berpatutan. Anda juga bole datang terus ke rumah kilang kain sulam terbaik dan model terbaru dengan harga sangat murah

Melalui khidmat agensi pelancongan Bandung-Trip, Anda boleh menikmati layanan terbaik dengan harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik.

Situ Patenggan Ciwidey Bandung

Salah satu tempat percutian yang paling popular dilawati pelancong adalah Situ Patenggang. Situ Patenggan ini adalah sebuah tasik yang terletak di kawasan pelancongan Ciwidey Bandung. Yang berjarak sekitar 47 km dari bandar Bandung.

Situ Patenggang terletak pada ketinggian 1600 meter dari aras laut, Situ Patenggang ini menyediakan view alam semula jadi yang sangat cantik. Setakat mata melihat, nampak hamparan ladang teh hijau macam sebuah permaidani alam yang terbentang cantik. Semilir hawa sejuk khas pergunungan bersama hangatnya matahari menyentuh kulit boleh menambah pesonanya.

Situ Patenggang berasal dari bahasa Sunda, kata "situ" bermakna tasik dan "patengan" bermakna saling mencari. Pada zaman dahulu, ada sepasang kekasih yang saling mencintai, yaitu Dewi Rengganis dan Ki Santang. Tetapi, kedua-duanya berasingan untuk masa yang lama. Kerana rasa cinta yang sangat mendalam, mereka saling mencari satu sama lain dan akhirnya berjumpa di sebuah tempat yang sekarang dikenali sebagai Batu Cinta. Selepas itu Dewi Rengganis meminta dibuatkan sebuah tasik dan sampan agar mereka berdua boleh berlayar bersama.

Cerita awam tempatan menyebut sampan tersebut saat ini adalah pulau Asmara yang berbentuk hati. Ia dipercayai, pasangan kekasih yang melawat Batu Cinta dan mengelilingi Pulau Asmara boleh mendapati cinta sebenar dan kekal seperti yang berlaku kepada Dewi Rengganis dan Ki Santang.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Situ Patenggan Ciwidey Bandung"

Catat Ulasan