Selamat datang ke laman rasmi Bandung-Trips.com

Selamat datang ke laman rasmi www.Bandung-Trips.com. Bandung-Trip merupakan jururunding pakej lawatan Bandung, Bandung-Jakarta, dan Sewa Kereta.

Bandung merupakan destinasi utama kedua di Indonesia, selepas Bali. Kerana Bandung mempunyai pelbagai tempat pelancongan alam semula jadi yang cantik dan berhawa sejuk. Sehingga Bandung menjadi begitu menarik untuk diterokai.

Bandung juga sangat terkenal dengan syurga membeli belah dan kuliner. Kerana Bandung, merupakan antara pusat kilang textile terbesar di kawasan Asia. Selain pelancong tempatan dari pelbagai negri yang ada di Indonesia. Bandung juga ramai dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Seperti Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Arab, dan masih banyak lagi. Di Pasar Baru, Anda boleh mendapatkan produk kain ela, kain lace, kain batik, kain sulam, langsir, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit asli, anda boleh mendapatkannya di Garut dan Jalan Cibadayut dengan harga yang berpatutan. Anda juga bole datang terus ke rumah kilang kain sulam terbaik dan model terbaru dengan harga sangat murah

Melalui khidmat agensi pelancongan Bandung-Trip, Anda boleh menikmati layanan terbaik dengan harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik.

Persembahan Saung Angklung Ujo

Bandung selalu menjadi pilihan utama dalam lawatan sehari. Bandung juga mempunyai banyak pilihan pelancongan yang menarik sehingga banyak pelancong yang datang berulang kali untuk lawatan sehari di Bandung

Bagi anda yang ingin melawati tempat pelancongan yang berbeza, unik, serta menghibur dan mendidik maka anda boleh cuba datang ke Saung Angklung Udjo. Saung Angklung Udjo adalah pusat pemuliharaan dan persembahan kebudayaan tradisional yang ada di Bandung. Bagi kanak-kanak, mereka boleh belajar mengenal kebudayaan Indonesia yang sudah jarang ditemui

Persembahan seni dipaparkan setiap hari, dari pukul 15.30 sehingga pukul 17.30. Persembahan tersebut tidak hanya permainan Angklung sahaja, tetapi ada juga tarian tradisional dan wayang golek.

Selain daripada itu Saung Angklung Udjo juga menjual pelbagai alat muzik buluh tradisional seperti angklung, calung, arumba, dan lain-lain




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Persembahan Saung Angklung Ujo"

Catat Ulasan