Selamat datang ke laman rasmi Bandung-Trips.com

Selamat datang ke laman rasmi www.Bandung-Trips.com. Bandung-Trip merupakan jururunding pakej lawatan Bandung, Bandung-Jakarta, dan Sewa Kereta.

Bandung merupakan destinasi utama kedua di Indonesia, selepas Bali. Kerana Bandung mempunyai pelbagai tempat pelancongan alam semula jadi yang cantik dan berhawa sejuk. Sehingga Bandung menjadi begitu menarik untuk diterokai.

Bandung juga sangat terkenal dengan syurga membeli belah dan kuliner. Kerana Bandung, merupakan antara pusat kilang textile terbesar di kawasan Asia. Selain pelancong tempatan dari pelbagai negri yang ada di Indonesia. Bandung juga ramai dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Seperti Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Arab, dan masih banyak lagi. Di Pasar Baru, Anda boleh mendapatkan produk kain ela, kain lace, kain batik, kain sulam, langsir, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit asli, anda boleh mendapatkannya di Garut dan Jalan Cibadayut dengan harga yang berpatutan. Anda juga bole datang terus ke rumah kilang kain sulam terbaik dan model terbaru dengan harga sangat murah

Melalui khidmat agensi pelancongan Bandung-Trip, Anda boleh menikmati layanan terbaik dengan harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik.

Floating Market Lembang Bandung

Bandar Bandung merupakan bandar pelancongan yang sangat sesuai untuk diterokai. Di Bandung. anda akan menemui pasaran terapung di sekitar tasik. Floating market di Lembang menyediakan pelbagai macam jajanan khas Sunda dan jajanan khas Jawa Barat. Di tempat ini, anda akan merasai sensasi pelancongan kuliner yang berbeza daripada yang biasanya.

Para peniaga nampak berada di atas sampan mereka yang berbaris kemas di pinggir tasik Situ Umar sambil menjajakan jajanan atau makanan khas Sunda. Para pembeli yang akan membeli tinggal menghampiri salah satu sampan yang menjual jajanan yang diminati. Lalu, anda tinggal menunggunya di samping tasik. Konsep pasar terapung yang tersusun dengan menarik dan rapi ini membuat para pelancong betah berlama-lama di tempat ini. Pemandangan alamnya juga sangat cantik dengan latar belakang Gunung Takuban Perahu yang sangat menenangkan hati.

Pelbagai jenis makanan yang tersedia di sini adalah surabi, sosej bakar, colenak, tahu lembang, siomay, baso tahu, jagung bakar, cendawan bakar, duren bakar, otak-otak, dan masih banyak lagi. Total jumlah sampan yang berada di kawasan ini tidak kurang daripada 46 sampan. Jumlah sampan yang cukup banyak untuk menyediakan pelbagai jajanan yang lazat.

Di sekitar tasik juga disediakan pondok untuk tempat berehat yang lebih selesa bersama keluarga besar anda. Yang paling menarik adalah di sekitar pondok ini, anda boleh terus memberi makan ikan-ikan, kapas, serta arnap yang tentunya membuat kanak-kanak merasa seronok. Tempat pelancongan ini memang sangat sesuai dijadikan tempat percutian keluarga.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Floating Market Lembang Bandung"

Catat Ulasan