Selamat datang ke laman rasmi Bandung-Trips.com

Selamat datang ke laman rasmi www.Bandung-Trips.com. Bandung-Trip merupakan jururunding pakej lawatan Bandung, Bandung-Jakarta, dan Sewa Kereta.

Bandung merupakan destinasi utama kedua di Indonesia, selepas Bali. Kerana Bandung mempunyai pelbagai tempat pelancongan alam semula jadi yang cantik dan berhawa sejuk. Sehingga Bandung menjadi begitu menarik untuk diterokai.

Bandung juga sangat terkenal dengan syurga membeli belah dan kuliner. Kerana Bandung, merupakan antara pusat kilang textile terbesar di kawasan Asia. Selain pelancong tempatan dari pelbagai negri yang ada di Indonesia. Bandung juga ramai dikunjungi oleh pelancong dari luar negara. Seperti Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Arab, dan masih banyak lagi. Di Pasar Baru, Anda boleh mendapatkan produk kain ela, kain lace, kain batik, kain sulam, langsir, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit asli, anda boleh mendapatkannya di Garut dan Jalan Cibadayut dengan harga yang berpatutan. Anda juga bole datang terus ke rumah kilang kain sulam terbaik dan model terbaru dengan harga sangat murah

Melalui khidmat agensi pelancongan Bandung-Trip, Anda boleh menikmati layanan terbaik dengan harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik.

Gunung Tangkuban Parahu

Gunung Tangkuban Perahu merupakan alam semula jadi yang sangat cantik. Gunung ini dikelilingi oleh pokok pain dan tea. Gunung ini terletak di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Lebih kurang 20 km ke arah utara bandar Bandung.
Ketinggian Gunung Tangkuban Perahu adalah 2.084 meter. Suhu rata-rata hariannya adalah 17 oC pada tengah hari dan 2 oC pada malam hari.


Gunung Tangkuban Perahu ini mempunyai  kawah yang besar. Kawah besar inilah yang menjadikan ianya nampak cantik dan menakjubkan. Ada tiga kawah utama di Gunung Tangkuban Perahu. Iaitu Kawah Paguyangan Badak, berumur kurang lebih 90.000 tahun. Dalam fase pembentukan kawah secara geologis, selanjutnya terbentuk Kawah Upas yang berumur 40.000 tahun. Di fase terakhir, terbentuklah Kawah Ratu yang berumur 10.000 tahun .

Gunung Tangkuban Perahu ini terbuka untuk lawatan para pelancong dari pukul 7 pagi hingga pukul 5 petang, buka setiap hari.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gunung Tangkuban Parahu"

Catat Ulasan